Home » » JIN Juga Makan Lho..

JIN Juga Makan Lho..

Written By Unknown on Wednesday, September 24, 2014 | 10:07 AM




Tahukah kamu jin juga makan dan minum?

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
                                                                                                   
                                                                                                       (Riwayat Muslim no. 450)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka
meminta bekal kepadaku. Aku pun berdoa kepada Allah bahawa, tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka."                                                                                        
             
                                                                                                   (Riwayat al-Bukhari no. 3571)

Maka tahulah kita bahawa setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya semasa disembelih, sudah tentu ia menjadi makanan jin yang beriman. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan kita menyembelih tanpa bacaan basmalah(dengan nama Allah), sebab tulang yang tidak dibacakan basmalah ke atasnya akan menjadi makanan jin kafir.

Asap juga dikatakan antara salah satu makanan jin. Sebab itulah pembakaran colok dan kemenyan menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti penyeruan makhluk halus yang membuatkan jin-jin tertarik dengan asap tersebut.

Apabila membincangkan tentang makanan jin, adanya soalan yang bertanya tentang "bagaimana jin memakan tulang yang dilemparkan dalam tong sampah, tetapi tulang itu tidak hilang dan nampak tidak terusik pun?" Ada para ulama' berpendapat bahawa para jin memakan makanannya dengan mencicip dan menghisap baunya.

Ini sahaja yang dapat dikongsi, semoga ia dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Bro Comment :

follower facebook

tweet

Polling:

Bagaimana Menurut Anda Blog ini?
Bagus0%
Lumayan0%
Kurang0%
Kurang sekali0%

ads

Isi Blog:

Powered By Blogger

Artikel:

People View

 
Support : http://belajarofficeizzat.blogspot.com | http://tutorbuatblogizzat.blogspot.com | http://aldebaranizzatd.blogspot.com/
Copyright © 2013. Serbaserbi - All Rights Reserved
Template added by Creating Website Publis Blog Mas Template
Proudly powered by Blogger